BLOG INI MENERANGKAN TENTANG WARISAN PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA (MELAYU,INDIA,CINA)
Friday, 3 May 2013
Pantun Melayu
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru ke palang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Sopan dan santun pekerti mulia,
sombong dan takbur jangan diamal,
Masyarakat madani penuh ceria,
Negara harmoni terus terkenal.
Pemimpin hadhari mencanang visi,
Wawasan teras keamanan,
Budaya bangsa kemas disisi,
Tak mungkin lenyap di telan zaman.
Sirih junjung buat pinang,
Dihias indah cantik ditatang,
Tradisi kita dilupa jangan,
Adat dikendong budaya dijulang.
Sirih kuning diberi nama,
Sirih tanya beserta cincin,
Hidup berunding muafakat bersama,
Bangsa mulia budaya dijamin.
Sirih junjung sirih pinang,
Sirih kami susun bertingkat,
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup muafakat.
Tarian Zapin
Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman.
Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di
Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang
sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)