Makanan



Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.


MAKANAN MASYARAKAT MELAYU

Masyarakat melayu,mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional seperti sambal belacan yang dimakan bersama ulam-ulaman,nasi lemak,lontong dan sebagainya.Terdapat juga makanan yang mengikut negeri masing-masing sebagai contoh,Melaka terkenal dengan asam pedas,Pulau Pinang pula terkenal dengan laksanya,manakala Negeri Sembilan terkenal dengan gulai lemak cili api..Namun begitu,bukan sahaja masyarakat melayu saja yang meminati makanan ini,malahan bangsa lain juga turut meminatinya.



Lemang


Ketupat daun palas



Nasi lemak



MAKANAN MASYARAKAT INDIA

 Di Malaysia,masyarakat India juga mempunyai makanan tradisional tersendiri.Contohnya seperti tosai,roti canai,wade,kari dan lain-lain.Masyarakat India juga mengemari makanan yang berempah.




Roti canai



Putu mayam



Meruku



MAKANAN MASYARAKAT CINA

Bukan masyarakat melayu dan india sahaja yang mempunyai makanan tradisional tersendiri,bahkan masyarakat cina juga mempunyai makanan tradisionalnya.Contohnya,dimsum,char kuew teow,charkoi dan mee suah.



Charkoi

 

Mee suah



Nasi ayam

2 comments: