KAUM-KAUM DI MALAYSIA
Malaysia merupakan salah satu
negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum
utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini
selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada
sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur.
Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.
Orang Melayu
Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu
Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien..
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew..
Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam
Baba dan Nyonya
Baba
dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di
Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya
di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa
mereka adalah orang Cina tetapi rakyat British dan berbangga dengan
kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina
yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan
pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai
"Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada
warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan
Melayu.Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana
sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui
perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu,
adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka
sebagai "Baba".
Kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa,seharusnya mengambil tahu tentang adat resam dan budaya setiap kaum yang ada di negara kita.Ini amat bersesuaian dengan saranan PM kita 'SATU MALAYSIA'
ReplyDeleteya betul......
ReplyDeleteMohon bantuan:
ReplyDeleteApakah maksud pantun berikut:-
Hendak ke kota tempuhi paya
Naik pedati lalui titi
Budaya kita amatlah kaya
Jadi identiti semat di hati